Piala Sumbangsih 2024

Piala Sumbangsih 2024 merupakan edisi ke 39 bagi Piala Sumbangsih, sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985. Perlawanan ini akan dimainkan antara Johor Darul Ta'zim, juara Liga Super 2023 dan Selangor, naib juara Liga Super 2023. Perlawanan sepatutnya dimainkan antara juara Liga Super 2023 dan juara Piala Malaysia 2023, oleh kerana Johor Darul Ta'zim telah memenangi Piala Malaysia 2023, ianya akan diganti dengan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Liga Super 2023.[perlu rujukan]